|
Peserta Padan Liu Burung |
Awang Semaun, Awang Alak Betatar, Upai Semaring dan Padan Liu Burung sememangnya terkenal sebagai "hero" bagi masyarakat Lun Bawang dan masyarakat Melayu Brunei.
Kisah nya adalah Awang Semaun ini adalah seorang pahlawan Lun Bawang (Lun Bawang dikenali sebagai Murut di Brunei) yang juga adik beradik kepada Awang Alak Betatar iaitu Sultan pertama Brunei. Awang Semaun dikenali sebagai seorang headhunter yang amat dahsyat sekali di mana dia serta Awang Alak Betatar mengetuai pahlawan-pahlawan Murut untuk meluaskan tanah jajahan Brunei ketika kelemahan Kerajaan Majapahit untuk mengawal kekuasaannya di kawasan utara pulau Borneo.
Persatuan Lun Bawang Sarawak kini mengadakan acara tahunan untuk pencarian Padan Liu Burung untuk lelaki keturunan Lun Bawang di mana setiap peseta akan dinilai dari segi pakaian dan alat-alat tradisional, dari segi kepetahan bercakap, serta dari segi kemahiran memotong kayu api atau kemahiran menjala, dan juga dari segi penampilan mereka.
Peserta Padan Liu Burung di gambar di atas ini menggunakan perkhidmatan Ruab Craft untuk membuat pakaian tradisional Lun Bawang custom made untuk bertanding di dalam pertandingan tersebut. Untuk membuat tempahan atau pertanyaan tentang pakaian tradisional Lun Bawang, anda boleh menghubungi kami melalui telefon atau Whatsapp di: +60199991452.