Tentang Kami

Nama perniagaan ini adalah Ruab Craft, dan perniagaan ini menjual produk usahawan kraf di kawasan Lawas dan Trusan. Kami membuat pelbagai kraf dan cenderamata/souvenir sejak tahun 2015. Kami juga boleh membuat pengubahsuaian kepada kraf dan cenderamata mengikut citarasa anda.

Produk kami dibuat daripada hasil rimba contohnya seperti bakul rotan dan handbag bemban. Perniagaan kami disokong oleh Kementerian Pertanian Malaysia di mana kementerian ini menaja mesin heavy duty untuk pembuatan bag, dan kami telah mengikuti kursus untuk memajukan perniagaan ini melalui ICT dengan mengikuti kursus ICT4AgroBiz.